salam semua..
minggu ni minggu kedua Ira ke sekolah sebagai guru baru..bukan guru praktikum..hee..pertama kali ke perhimpunan pagi sebab minggu lepas tak sempat..lapor diri dah pukul 10 pagi sebab kena ambil dulu memo penempatan di PPD..disebabkan pertama kali ke perhimpunan pagi..jadi terasa sedikit janggal apatah lagi dengan adanya kehadiran guru praktikum yang baru sahaja melaporkan diri pagi tadi..6 orang tu..3 lelaki 3 perempuan..tapi bukan guru praktikum pendidikan khas..baru nak buli..hee..tapi kan Ira tetap terasa diri ni macam guru praktikum juga walaupun dah jadi guru tetap..:)..apa pun cikgu Ira tetap low profile sbb duduk pon di belakang murid...tak macam cikgu-cikgu yang lain yang duduk di barisan hadapan..;p
perhimpunan macam biasa..dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor, lagu sekolah, ikrar, ucapan dan selanjutnya..tapi yang buat Ira sedikit 'wow' apabila sebelum perhimpunan bersurai, murid-murid akan menyanyikan lagu sekolah sekali lagi tetapi dalam versi Bahasa Inggeris yea..Bahasa Inggeris!heee..korang ado?non ado kan?ngeee..tu la satu uniknya sekolah ini..hebat..heee
Ira pon dah dapat jadual waktu..Ira bakal mengajar mata pelajaran Matematik, Bahasa Inggeris, Pengurusan Diri dan Pendidikan Moral kepada anak-anak berkeperluan khas ini..:)..28 waktu seminggu..boleh tahan banyak juga..lepas ni tak kosong lagi la buku rekod Ira..hee..malam ni Ira sibuk nak tampal jadual, rancangan pengajaran tahunan dan bla bla dalam buku rekod..meja sendiri pon dah ada..hee..seronok..sebab tak mengacau meja cikgu yang lain..;p
sekian, entry ringkas dari Ira..jumpa lagi!