salam & morning semua..
kami ke sana 2 hari 1 malam sahaja..pergi khamis pagi, sampai melaka semula jumaat malam..
memang sangat bajet sebab menginap pon kat asrama SK Tanah Rata..kami kan bakal cikgu..jadi memang mudah untuk dapatkan penginapan di sekolah2 macam tu..
layan gambar je la ea..;p..heee
antara tempat-tempat yang mesti dikunjungi :
1. Mardi - Mardi ni meliputi semua..sayur-sayuran..bunga, strawberry...lanskap pon cantik.. tapi kena byr bila nak msk..student RM 1.50, dewasa RM 3-4 camtu la..
2. Strawberry Farm - wajib dikunjungi! boleh petik sendiri strawberry tu, makanan dan minuman yg berasaskan strawberry dlm entry Part 1 dijual di sini sahaja yea..
3. Kea farm - macam pasar la tp ada kedai2...kat sini mcm2 ada jual..uncang teh pelbagai perisa, bunga, buah-buahan, sayuran yang segar2...bantal strawberry, fridge magnet, key chain dan macam2 cenderamata dari Cameron memang sgt murah ( berbanding tempat lain ) ada di jual..shopping kat sini je tau..confirm tak menyesal..opss strawberry coklat pon ada kat sini..heee
4. Ladang Teh - ada 2...bharat ngan apa xtau..haha..;p..yang Ira pergi ( dalam gambar ) tu bharat...boleh amik gambar kat teh-teh tu..ada cafe sekali..tp kami tak minum pon kat situ..huuu..
5. Rose Valley - ladang bunga ros..tapi ira tak masuk pon sbb kami semua dah kepenatan..heee..lagipun kat MARDI pon dah ada..;p
6. Cactus Valley - dekat2 dengan Strawberry Farm...banyak bunga cactus..
7. Taman Rama-Rama - kalau bw budak2, boleh la masuk..kami tak masuk juga..hehehe
kesimpulannya, sangat banyak tempat-tempat menarik yang perlu dikunjungi bila datang Cameron ni..tapi kami yang dah kepenatan, banyak lah tempat yang tak masuk..huu..tak ralat sgt la sebab dah penat kan dan matlamat utama nak beli bantal strawberry dah tercapai..muahaha..;p ..kebanyakan tempat-tempat ni ada sign board..so kalau nampak, drop dan singgah la k..heee
Tips-tips penting :
1. Sila bawa jaket / sweater dan stokin untuk tidur malam sebab sangat sejuk...siang tak berapa sejuk dah...malam sejuk sangat...tapi siapa yang tahan sejuk tu, ok la kot..huuu
2. Duit kena banyak juga..haha..sebab confirm rambang mata bila tgk cenderamata strawberry kat Kea Farm dan kedai-kedai yang ada kat Cameron tuuu...( tempat paling murah Kea Farm, tapi tshirt kat situ agak mahal )..kena pandai cari la k..
3. Kebanyakan tempat ada sign board, so buka mata besar2 k..heee...mudah je nak cari tempatnya...
4. Tak payah la pakai heel / wedges macam Ira buat..huu..penat la..Ira pakai wedges rendah pon penat...pakai sneakers tak pon flip flop pon dah oke..;p
5. Bersedia dr segi fizikal sebab airnya sangat sejukkkkkkk..waa menggigil kalau nak mandi..:)
tu je kot...bye2..:p
pssss : doakan Ira dapat jawab peperiksaan Kissm esok! last exam b4 grad!yeeeeeaaa..