hye semua!
exam telah pun tamat dengan jayanya....lebih kurang seminggu lebih yang lalu...
cuti pon dah bermula....3 minggu je cutinya...huhu...
ok lah tu kan dari tak de cuti langsung....hee..
cuti ni sebenarnya banyak misi nak dilaksanakan..
tapi sampai saat ni..1 pon belum terlaksana...hehe..
malas btol..
update blog lagi la malas..ni kira rajin la nih..:P..
ha..actually nak share 1 novel dr JS yang baru dibeli after exam aritu...
nak tengok??
ni la novel tu...sy bg 4/5 star...best2..
sape2 yang sll baca novel JS msti tau mostly novelnya mesti byk unsur nasihat n bersifat ketuhanan...theme novel mmg smua tipikal la..love story n happilly ever after...memang x dinafikan tapi penulis novel ni pandai bermain dengan kata2 yang boleh dikatakan banyak menyedarkan kita as a reader..
nak tau novel ni tentang ape?okeh ni sinopsis dia...
" biar setinggi mana langit digapai, sedalam mana bumi digali, takkan kau temui cinta hakiki, kerana cinta itu letaknya di hati seorang abdi "
Kerana pasir, terbentuknya mutiara. Kerana tanah, lahirnya manusia.
Ini sebuah kisah kembara di atas bumi Tuhan. Kembara hati dalam jiwa hamba. Kembara daripada hina kepada mulia.
Ini kisah kembara hidup. Kembara dia mencari mutiara cinta di laut dalam, dan kembara mereka menemui cinta Dia di langit nan tinggi.
Kata Raudhah, dia punya sejarah jahiliah tersendiri.
Katanya pula, Raudhah ibarat bidadari yang turun dari langit untuk menyebarkan keindahannya.
Lalu kata mereka,
langit kawannya bumi
laut pasangannya pantai
siang temannya malam
petang sahabatnya pagi
isteri pula pendampingnya suami
Bukankah kita diciptakan berbeza untuk saling melengkapi, lantas nikmat Tuhan yang mana lagi mahu didustakan?
* * * *
Sebuah kisah cinta indah titipan daripada-Nya, tersusun tertib dalam Kemilau Mutiara Raudhah hasil kreatif seorang pelajar perubatan SAIDATUL SAFFAA.
2 comments:
akk mnt gak JS,
tp da lme x bli nobel, huhuhu
hehe..tu la..ira pon baru je beli ni..
mmg lama gak xbeli..JS best..Alaf kureng..ada certain2 je ok..kaki novel ngan prima pon not bad gak..:)
Post a Comment