.Awesome Blogger.

Thursday, December 29, 2011

.Setia menanti di sini.



*tak tahu apa kena mengena tajuk entri dengan kandungan entri ni.maaf yea*

salam semua..

tak der mood nak update blog..wuuuu

serius bosan....-____-..sampai rasa nak nangis huwaaaa




bila dah terlampau bosan, terhasil lah satu buku yang akan dinamakan..

'Buku Resipi'



siap dah bahagikan untuk masakan Melayu, Barat dan Bakeri ( kek, biskut dll)..;p

sementara tak dapat posting lagi ni, buku ini akan penuh dengan resipi..heeee..(doakan Ira rajin menulis resipi yea)

harapnya dapatlah mengurangkan kebosanan yang sedang melanda..-_____-

sekian dulu.


pss : Jangan ditanya bila Ira nak posting, Ira pun tak tahu!huwaaa *nangis semula*

psss lagi : Line internet sgt lembb..nanti Ira bw, janji!

psss lagi lagi : Ira tak putus cinta weii..tips putus cinta tu saja ja sbb macam ramai je buat entry kecewa2 ni..huhu






Wednesday, December 28, 2011

.Wordless Wednesday #9.





Rapunzel??



Monday, December 26, 2011

.6 Fasa Putus Cinta.




Salam semua :)

Fasa-fasa penting apabila dikecewakan.. -_________-

mungkin lebih kelihatan pada kaum Hawa, tapi kaum Adam juga tidak terkecuali..

source : Mr Google


1. Fasa Menangisi Diri
Anda merasakan anda wanita / lelaki yang paling malang dalam dunia. Menyalahkan diri mengapa cinta itu kejam atau merasakan bahawa mengapa untuk menemui cinta sejati itu begitu susah sekali. Anda menjadi puitis, seringkali bersajak atau bermadah. Saat ini juga anda merasakan apa yang anda lihat / tonton hatta dua ekor burung sekalipun menjadikan anda sayu, sedih dan seumpamanya.

2. Fasa Penafian
Anda menafikan bahawa anda masih bersedih. Cuba berlagak cool di hadapan rakan-rakan yang cuba memujuk anda. Terus meyakinkan orang di sekeliling anda bahawa anda baik-baik sahaja dan semua yang telah berlaku hanyalah kenangan lalu dan anda telah maju ke hadapan. Sedangkan anda masih menangisi apa yang telah terjadi.

3. Fasa 'Rebound'
Ada orang mengalami fasa ini dengan berkenalan dan berkawan dengan lelaki / wanita lain dan agak terburu-buru menerima wanita/lelaki lain dalam hidup anda. Terus menukar status 'single' di facebook ke 'in a relationshio' bahkan 'engaged' sedangkan ianya masih baru lagi. Kawan-kawan rapat anda yang mengikuti kisah cinta anda sebelum ini tahu bahawa anda hanya melakukannya untuk tidak rasa kalah kepada bekas / ex kekasih anda jika anda mengetahui bahawa dia sudah menemui cinta barunya.

4. Fasa Membenci
Fasa ini muncul serentak, sebelum atau selepas fasa penafian. Anda akan membenci lelaki / wanita itu dengan dasyat. Anda tidak mahu mendengar namanya, mendengar lagu yang ditujukan kepada anda atau menonton apa sahaja cerita yang mengingatkan anda pada bekas / ex kekasih anda. Anda akan membuang semua e-mail, surat cinta, kad ucapan yang diberi olehnya malahan membakar/mengoyakkan semua gambar dirinya. Anda juga mungkin membenci kekasih baru bekas / ex kekasih anda itu walaupun anda tidak pernah mengenalinya.

5. Fasa Perubahan
Fasa ini merupakan fasa di mana anda tiba-tiba sahaja mahu mengubah semuanya. Anda memotong rambut, menukar gaya rambut, gaya dandanan, menukar kerjaya, mengubah penampilan agar lebih menarik atau menukar nombor telefon. Anda memberi alasan bahawa ingin memulakan hidup baru namun sebenarnya anda mahu menunjukkan kepada bekas/ex kekasih anda mahu dirinya terlepas sesuatu yang berharga/istimewa.

6. Fasa Mengelak
Anda akan berusaha untuk mengelak untuk tidak bertemu dengan bekas/ex kekasih anda dengan apa cara sekalipun. Anda akan berasa berdebar apabila pergi ke kompleks membeli belah/kedai kegemaran anda yang anda selalu pergi bersamanya dahulu. Jantung anda berasa hendak pecah apabila ternampak kelibat seseorang yang seakan-akan bekas/ex kekasih anda.


Jujurnya, Ira pernah alami semua fasa di atas tapi dah bertahun-tahun lamanya. Tetapi sampai sekarang Ira masih dalam fasa keenam iaitu fasa mengelak ;p. Ira memahami perasaan itu sebab Ira pernah kecewa sangat suatu masa dahulu.


sumber : Novel Valentine Nervosa


pss : Sebelum menyayangi seseorang, sayangilah diri sendiri sepenuh hati dahulu. Smile :).
pss lagi : Disember bulan putus cinta ke?;p



Sunday, December 25, 2011

.Teori 3 Hala di Malaysia.



Teori 3 Hala - Tiada dalam mana-mana buku teori ahaks ;p


Terdapat 3 jenis manusia yang menjengkelkan di Malaysia :


1. Kumpulan Pedantis
Dalam bahasa Inggeris disebut persnickity people merupakan golongan yang sentiasa mahu membetulkan semua orang. Tidak kisah dari segi tatabahasa atau maklumat tentang sesuatu pengetahuan am. Mereka sentiasa ingin membetulkannya. Tidak salah untuk membetulkan maklumat yang tersilap namun apabila anda melakukannya setiap masa, semua orang akan menyampah dengan anda. Contoh : penggunaan past continuous tense dengan past participle yang menjadi kesilapan biasa tidak perlu dijadikan isu besar dalam kehidupan. Semua orang membuat kesilapan. Manusia tidak sempurna. | tepat sekali,ngee ;p


2. Kumpulan Pancake Hangus
Merujuk kepada bangsa Asia yang tinggal di Malaysia yang tidak tahu bercakap Bahasa Melayu. Ini juga terbahagi kepada beberapa peringkat. Yang pertama adalah kumpulan pan-asian yang tinggal di Malaysia. Kumpulan ini terkecuali kerana mereka sememangnya mempunyai genetik asing dalam baka keturunan dan keluarga mereka. Kedua, golongan yang tinggal di luar negara dan melupakan bahasa kebangsaan sendiri. Ini boleh dimaafkan lagi walaupun setelah tiga tahun kembali ke negara sendiri, itu bukan alasan untuk tidak tahu bercakap dalam bahasa sendiri. Ketiga, golongan yang tidak pernah ke luar negara, tetapi duduk di dalam negara sendiri (Malaysia ) tetapi tidak boleh bercakap bahasa Melayu dan mengeluarkan loghat bahasa Inggeris apabila ingin menyebut satu sahaja perkataan Melayu dalam keseluruhan ayat bahasa Inggeris. Golongan ini adalah benar-benar pancake hangus iaitu bangsa Melayu berkulit sawo matang tetapi perasan pan-Asian. | kehkehkeh ;p


3. Kumpulan Perasan Alim
Merujuk kepada sesetengah graduan dari Timur Tengah atau kawasan yang sewaktu dengannya yang merasakan apabila mereka telah kembali ke tanah air, mereka perlu bercakap dengan menggunakan makhraj. Mereka boleh kata, "Saya mahu ke dewan" tetapi mereka gunakan, "Ana mahu ke Qa'ah". Mereka juga boleh kata, "Filem Ali Setan" tetapi mereka mengada-ada menyebut, "Filem Ali Syaitan". Sememangnya bahasa arab adalah bahasa Al-Quran dan ianya sememangnya mulia, namun apabila ianya digunakan dengan kemegahan (ada niat lain), walhal orang di sekelilingnya bercakap bahasa Melayu (tak semua orang mahir bahasa Arab) , tiada bezanya kumpulan ini dengan kumpulan Pancake Hangus. | Ada benarnya :)


ada komen? ohh yea..fakta asal dirujuk dari sumber dan diolah sedikit oleh Ira :D


sumber : Novel Valentina Nervosa


pss: Teori ini hanya pandangan seorang novelis, jangan ambil hati yea, ambil jantung boleh :)
psss lagi : Gigih update walaupun tiada mood ;p



Friday, December 23, 2011

.The Smurf In The House!.



salam semua..

sekarang ni, tiap-tiap petang mesti hujan kan?sejuk bumi ni..kadang-kadang Ira tak on kipas pon..hee

malam tadi Ira tak boleh tidur..pagi pon bangun awal jadi sekarang ni rasa mengantuk dah..
-____________-


sebelum nak tidur, Ira nak tunjuk sesuatu..





^_______________^


The Smurf


Kakak Ira dapat hadiah cabutan bertuah masa dinner di tempat kerja ;)



pss : Bila tengok patung ni, mesti teringat cerita Snow White dengan Arthur Christmas..hee ;p.. ke ada lagi cerita lain yang ada Smurf / Orang Kerdil ni ek?

psss lagi : Selamat bercuti dan berhujung minggu! :)



.Ada juga yang sudi.




salam semua..

Saddila, kakak jawab soalan kamu ni ;p

dua tiga menjak ni Ira adalah stalker terhebat di Twitter Dr Wee Ka Siong..

tak tahu siapa tu?haiishh..nak kena ni..heee ;p..

YB Datuk Ir. Dr Wee Ka Siong adalah salah seorang Timbalan Menteri Pelajaran yang bermakna beliau merupakan salah seorang individu yang turut bertanggungjawab mengenai guru, posting dan bila sebut posting haruslah beliau menjadi rujukan utama Ira!

dah bosan dengan rumours / khabar angin...baik tanya Menteri terus..


Ira : Dr, sy lepasan PISMP IPG, dah selesai temuduga SPP, harap Dr boleh bantu kami untuk tahu bila kami akan posting. Goodnight Dr.

Dr Wee Ka Siong : Saya faham perasaan anda & akan menyusuli perkara pada minggu hadapan.


penantian tu satu penyeksaan tahu! Thanks to twitter!

Akhirnya ada yang peduli dan sudi layan :)

pss : Sekarang dah boleh lega, tunggu dan lihat..thank you Allah, thank you Datuk!
psss lagi : Pukul 1.07 am, Datuk still reply tweet rakyat..pukul berapa beliau tidur?huhu..payahnya jadi Menteri..



Thursday, December 22, 2011

.Kucikuciku.



salam semua.. :)

pernah makan buah ciku?mestilah pernah kan... buah ciku adalah salah satu buah kegemaran Ira..sebab rasanya yang manisss ;p


source : Mr Google

bawah ni buah ciku yang Ira beli kat pasar malam isnin lepas...satu bakul, RM3 je..murah kan?tapi kena peram seharian sebab tak berapa masak..:)..gambar bawah ni separuh dari yang dibeli..



antara kebaikan buah ciku :

Penawar Buang Air Berdarah
Tabiat mengabaikan pemakanan boleh menimbulkan keadaan-keadaan yang tidak menyenangkan. Masalah sembelit boleh terjadi jika makanan yang dimakan tidak dihadam dengan baik, kurang memakan buah-buahan dan sayur-sayuran serta kurang meminum air. Keadaan ini jika dibiarkan boleh membawa kesan-kesan yang lebih buruk, antaranya buang air berdarah atau buasir. Satu cara dalam kaedah pengubatan tradisional ialah dengan menggunakan buah ciku. Cara yang lebih berkesan untuk merawat buang air berdarah ialah dengan memakan buah ciku yang belum cukup tua, iaitu dengan menumbuk hingga lumat dan dicampur dengan sedikit air panas dan garam. Seelok-eloknya diamalkan sebelum sarapan pagi

kredit to : Blog Hikmah

psss : Boringggg duduk rumah! wuuuu :(...hari2 stalk twitter Timb Menteri Pelajaran, Dr Wee Ka Siong..

Wednesday, December 21, 2011

.Rezeki :).


salam semua.. :)

kesinambungan dari entry INI

wahh hampir semuanya sangat peka dan mempunyai tahap penglihatan yang sangat tajam!hee..

tahniahhhh kepada anda yang berjayaaaaa mencari kelainan pada gambar kucing ini..tepuk tangan!heee ;p


kucing ni sangat menarik sebab bulu hitam di bahagian badannya tu membentuk imej/tompokan/corak seekor kucing yang sama sepertinya.. :)...Subhanallah!

yang cakap 'bulu dia halus, lebat, kucing ni bulat, gemuk dll' cuba tengok betul-betul!buka mata anda luas2..;p

chop2 ada juga yang cakap ada tahi lalat....Ira pon tak pasti tu tahi lalat ke tanda apa..hee

kucing ni bukan kucing Ira...tapi Ira dapat gambar ni dari e-mail yang kakak Ira selalu forward..:)

harap semua persoalan dah terjawab..heee


opsss..tadi kan Ira tengok balik blouse yang Ira beli masa Ira ke Uptown haritu, blouse tu dalam plastik lagi...masa Ira keluarkan baju dari plastik tu...ada lagi satu objek berada dalam plastik yang sama...dalam hati ' eh apa ni?'...bila tengok...ada satu aksesori iaitu rantai kayu (tapi yang Ira dapat lebih pendek) macam gambar kat bawah ni dalam plastik yang Ira beli blouse tu...

masa kedai kat Uptown tu, orang tu pamerkan blouse tu macam gambar atas ni :)
source : Mr. Google

selalunya kan memang ada aksesori kalau baju tu dipakai kat patung tu kan...nak bagi menarik dan orang pon rasa nak beli...Ira syak orang tu ( orang Indonesia ) tak tahu yang aksesori tu bukan dijual sekali dengan baju tu lepas tu masukkan sekali dalam plastik Ira..kehkehkeh...

tu lah rezeki namanya...heeee ;p

semoga kedai tu semakin murah rezeki sebab bagi Ira free gift..ngeeeee

psss : Blouse tu bukan blouse 'mengandung' macam gambar tu ok...tu sekadar hiasan..heeee ;p..



.Wordless Wednesday #8.





Apa yang menarik pada kucing ini? :)

Tuesday, December 20, 2011

.Suzuki Alto?.


salam semua..

Berbaloi tak kereta ni? Blogger yang expert tentang kereta tolong komen, please! :)

mana lagi berbaloi? alto ke myvi?hehe..;p..msti rmai pilih myvi kan?huhu

Suzuki Malaysia Automobile Sdn. Bhd, pengedar rasmi kereta berjenama Suzuki telah melancarkan model kereta Suzuki Alto 1.0, diimpot sepenuhnya dari India untuk bersaing dengan kenderaan keluaran tempatan, iaitu Perodua Viva, Proton Savvy dan juga Inokom i10. Terdapat tiga variasi bagi model ini antaranya :

  • GA manual-RM 44,888
  • GLX automatic –RM 49,999
  • GXS automatic- RM 54,888

Kesemua harga bagi variasi ini adalah harga di atas jalan tidak termasuk insurans.

4891054868 794599d9cf (Review) Suzuki Alto di Malaysia 2010

  • Berukuran 3500 mm panjang,1600 mm lebar, 2360 mm pada jarak titik roda dan 1470 mm tinggi, Suzuki Alto dilihat lebih pendek dari segi panjang, titik roda dan ketinggian kereta
  • Kereta Suzuki Alto lebih lebar jika dibandingkan dengan Perodua Viva.
  • Badan kereta Suzuki Alto lebih aerodinamik
  • Dilengkapi casis dengan topang Macpherson di hadapan dan 3 hala di gandar belakang.
  • Cakera ventilated pula membekal kuasa brek di hadapan manakala drek drum digunakan pada roda belakang.

4890456161 44f7bafde9 (Review) Suzuki Alto di Malaysia 2010

  • Memberikan kuasa kepada Alto ini adalah enjin k10B 3 silinder bersesaran 1.0 liter, dimana ia mampu menghasilkan 67 kuasa kuda pada 6000 rpm dan 90nm kuasa tork maksimum pada 3400 rpm
  • Dilengkapi dengan transmisi 5 kelajuan manual atau 4 kelajuan transmisi automatik dan ini bermakna kereta Suzuki Alto ini dilihat mempunyai kelebihan sebanyak 7 kuasa kuda dari pesaingnya ,Viva namun ianya lebih berat daripada variasi Viva yang ada iaitu sebanyak 70kg. Oleh itu, pendapat saya, kuasa Alto ini mungkin dilihat tidak lebih dari pesaingnya itu.

Bagi variasi GA transmisi automatik, ianya dilengkapi :

  • Penghawa dingin udara manual
  • Tempat duduk boleh lipat
  • Dua beg udara di kerusi hadapan
  • Tali pinggang Keselamatan tiga poin ELR di hadapan dan juga belakang
  • Dan 2 kerusi kanak-kanak di belakang.

4890456119 265a90f0d1 (Review) Suzuki Alto di Malaysia 2010

Untuk variasi GLX, penambahan aksesori adalah:

  • Lampu kabus hadapan
  • Cermin sisi berwarna
  • Stereng boleh ubah 2 hala
  • Tachometer
  • Cermin kuasa di hadapan
  • Kerusi belakang boleh lipat nisbah 50:50
  • ABS dengan EBD serta kawalan brek BA

Bagi variasi GXS pula, pertambahan aksesori yang berlaku adalah bodikit, cermin tinted, kerusi balutan kulit dan cermin pintu.

4890456045 9ecef1693f (Review) Suzuki Alto di Malaysia 2010

Terdiri dari 6 pilihan warna dan boleh dilihat di kesemua 29 buah ruang pameran Suzuki, model kereta Suzuki Alto ini dijangka untuk mencatat jualan sebanyak 150 unit sebulan, dimana ianya akan terus menjanakan 13 peratus daripada jumlah jualan kesemua kenderaan Suzuki seperti yang dilihat pada jualan tahun lepas.

psss : pelik pula drive belah kiri kan?huhu

Kredit to Berita Semasa

. Follow on FB .

. Our Story .

Daisypath Next Aniversary Ticker
Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails