.Awesome Blogger.

Tuesday, December 20, 2011

.Suzuki Alto?.


salam semua..

Berbaloi tak kereta ni? Blogger yang expert tentang kereta tolong komen, please! :)

mana lagi berbaloi? alto ke myvi?hehe..;p..msti rmai pilih myvi kan?huhu

Suzuki Malaysia Automobile Sdn. Bhd, pengedar rasmi kereta berjenama Suzuki telah melancarkan model kereta Suzuki Alto 1.0, diimpot sepenuhnya dari India untuk bersaing dengan kenderaan keluaran tempatan, iaitu Perodua Viva, Proton Savvy dan juga Inokom i10. Terdapat tiga variasi bagi model ini antaranya :

  • GA manual-RM 44,888
  • GLX automatic –RM 49,999
  • GXS automatic- RM 54,888

Kesemua harga bagi variasi ini adalah harga di atas jalan tidak termasuk insurans.

4891054868 794599d9cf (Review) Suzuki Alto di Malaysia 2010

  • Berukuran 3500 mm panjang,1600 mm lebar, 2360 mm pada jarak titik roda dan 1470 mm tinggi, Suzuki Alto dilihat lebih pendek dari segi panjang, titik roda dan ketinggian kereta
  • Kereta Suzuki Alto lebih lebar jika dibandingkan dengan Perodua Viva.
  • Badan kereta Suzuki Alto lebih aerodinamik
  • Dilengkapi casis dengan topang Macpherson di hadapan dan 3 hala di gandar belakang.
  • Cakera ventilated pula membekal kuasa brek di hadapan manakala drek drum digunakan pada roda belakang.

4890456161 44f7bafde9 (Review) Suzuki Alto di Malaysia 2010

  • Memberikan kuasa kepada Alto ini adalah enjin k10B 3 silinder bersesaran 1.0 liter, dimana ia mampu menghasilkan 67 kuasa kuda pada 6000 rpm dan 90nm kuasa tork maksimum pada 3400 rpm
  • Dilengkapi dengan transmisi 5 kelajuan manual atau 4 kelajuan transmisi automatik dan ini bermakna kereta Suzuki Alto ini dilihat mempunyai kelebihan sebanyak 7 kuasa kuda dari pesaingnya ,Viva namun ianya lebih berat daripada variasi Viva yang ada iaitu sebanyak 70kg. Oleh itu, pendapat saya, kuasa Alto ini mungkin dilihat tidak lebih dari pesaingnya itu.

Bagi variasi GA transmisi automatik, ianya dilengkapi :

  • Penghawa dingin udara manual
  • Tempat duduk boleh lipat
  • Dua beg udara di kerusi hadapan
  • Tali pinggang Keselamatan tiga poin ELR di hadapan dan juga belakang
  • Dan 2 kerusi kanak-kanak di belakang.

4890456119 265a90f0d1 (Review) Suzuki Alto di Malaysia 2010

Untuk variasi GLX, penambahan aksesori adalah:

  • Lampu kabus hadapan
  • Cermin sisi berwarna
  • Stereng boleh ubah 2 hala
  • Tachometer
  • Cermin kuasa di hadapan
  • Kerusi belakang boleh lipat nisbah 50:50
  • ABS dengan EBD serta kawalan brek BA

Bagi variasi GXS pula, pertambahan aksesori yang berlaku adalah bodikit, cermin tinted, kerusi balutan kulit dan cermin pintu.

4890456045 9ecef1693f (Review) Suzuki Alto di Malaysia 2010

Terdiri dari 6 pilihan warna dan boleh dilihat di kesemua 29 buah ruang pameran Suzuki, model kereta Suzuki Alto ini dijangka untuk mencatat jualan sebanyak 150 unit sebulan, dimana ianya akan terus menjanakan 13 peratus daripada jumlah jualan kesemua kenderaan Suzuki seperti yang dilihat pada jualan tahun lepas.

psss : pelik pula drive belah kiri kan?huhu

Kredit to Berita Semasa

56 comments:

CikTeddyCorner said...

lawa la..ssuai utk ladies mcm kite2..huhu

miss Fyqa said...

nak beli kete ke ira.. ehe.. sorry fyqa xtau psl kete2 ni ^__^

Pocket said...

alto?
mcm penah tgk org pakai.
terus terkomen 'keciknya!'
tang part kuasa tu xnak komen
tapi tang part lawa tu buleh.

lawa woo!

teyn teyn said...

gile comel kereta nii ..

teyn teyn said...

harga dh ok tp satu je , mcm kekok je rasa nk drive kiri ;p

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail said...

hurm...kalau bandingkn alto ngan viva, alto lebih ok dr aspect keselamatan dan keselesaan.tapi kalau berckp dari segi maintenance maera rase viva lebih murah. tu je kot. masing2 ade kelebihn dan kekurgn =)

nuyui a.k.a miss YUI said...

nmpk comel la plak..

xtau nak bg pndpt apa la syg..

Sarah Mnasir said...

akak na beli ka ?

Aleen Aiden said...

comel!macam swift je?
*sorry,alin xreti sangat pasal kereta.hu3

~Sal Ismail~ said...

adeyh..fail bab2 info kete..tau drive je..hehe..~

x kire..comel gak!~ ngee..
akak tga menambah berat bdn kat kelantan ni..x ley nak bejalan mkn angin, xde bajet..sob*

Kazman / Sue said...

kereta ni tak layak untuk di bandingkan dengan viva sebab macam bumi dengan langit.... dari harga yang diberi pun dah berbeza jauh....

cuma kalau mampu, beli la keter suzuki ni... dalaman dia cun giloss... lebih selesa... cuma design lampu depan tu macam tak berapa minat sebab bulat kot... tapi yg belakang cunnn... maka berbaloi dengan harganya....

Miss Volvo said...

hmm myvi yg terbaru ni lg ok :D

Akmal Khalidah said...

Alto? Wah, macam comel je kereta tu. Tapi myvi pun okay jugak :) Sorilah, tak update sangat pasal kereta ni. Bergantunglah pada kualiti ;)

Cik TeN10 said...

Ehhh bwak msuk mesia driver blah kiri ??? Kl kt japan sma je ngn mesia driver sblh kanan.. Fatin cm xminat sgt ngn deign kete ni.. Fatin lbh prefer myvi.. Tp terpulang pd ira la.. Lain org lain tastenye kn.. :)

Kazman / Sue said...

rasanya baik ambik myvi sebab
1) spare part senang nak cari...
2) lagi pun harga lepas jualan myvi lagi baik...
3) kuasa enjin myvi 1.3 jauh lebih bertenaga dengan alto yg 1.0 aje...
4) minyak mungkin alto lagi jimat sebab ia lebih ringan berbanding myvi.

lebih kurang gitu laa...

LAici KAng Ais said...

nak tumpang ? heeeeeee:)

Asrul "iLham" Sany said...

jambu gile kete ni, tp sy tetap suka kete kura2 comel :D

menan beli kat kedai menan kat Berjaya Time Square :D

Jue said...

utk sbb yg aku xtau nape..aku amik suzuki alto hihi

Nadia said...

nad suka suzuki swift..:)

mama aini said...

JI cantik juga design suzuki alto ni !!!..mama tak pandai nak komen tentang kereta..kereta mama myvi 1.3 je..hu2x..oklah selesa sgt..he2x..

Cik TeN10 said...

kl dh mmg kuar mcm tu kna order la utk driver sblh kanan.. huhu

ahaa.. encik bf fatin pn ngah survey kete.. fatin plan nk angkut kete jepun nk bwak balik.. tp pikir2 balik malas pulak nk uruskan ap segala.. huhu

fatin tahun 89.. :)

Puan Kutu said...

akk bab kereta mmg tak amik pusing.jnji kereta tu jalan n elok sudah,tak kesahlah keta apa pun..kena tnya pada yg pakar..akk tau naik ja..:)

Mizz ErMa said...

wah..kire alto nih keta import la yer? sbb keta malaysia mana ada streng belah kiri kan? lau macam tu, amik jela alto..len dari yg laen..hehe

Anak Wak Mail said...

kiutnya suzuki alto ni..kawan saya ada sorang dah beli..

sori tak dapat nak bagi pendapat apa2,,tak reti sangat pasal kereta ni..hihi..:)

Ainsha said...

omey, macam kancil je..hikhik

Anonymous said...

kecik. aku tak suka kete kecik. suka kete besar besar je. hehehehhe..

ikut keperluan dan minat kau la ira. aku tak expert so aci ke komen ni. hehehhe..

kasi ole ole utk aku dulu baru kasi ko punya. muahahahahaha

ZORA said...

nak ikutkan zora..myvi je la...simple dan mnarik..:P

Kayu Manis said...

nak beli kereta ke?..suami mmg jual kereta..boleh tgok kat blog kak..

FR said...

mcm myvi sungguh eh keta ni :>
kaler pom comel. hehee .

NasQ said...

aku buta teknologi kereta... no komen...

Cik TeN10 said...

skrg ni xpkai keta pn.. lgpn train sume ade kn.. next year bru pkai keta.. tu pn pakat rmai2 la.. sng nk gerak g mna2 kn.. utk kereta sdri tu ngah pk lg nk pkai ape.. kt sni hrga kete mmg murah berbanding beli kt mesia.. mslhnya cukai nk bwak masuk tu.. ada AP murah sket cukai. tp nk dptkan AP tu byk pulak procedure.. mcm malas pulak.. haha

Anonymous said...

Hdiah bwah pokok krismas?
Btw ofia aku wat tuka tuka hadiah jumat ni.yey.

Jahirah said...

haha....ikut msg2 pnya citarasa la n periuk nasi msg2...perodua jimat minyak...;p

kim heeruul said...

kureng dgn kereta2 ini.. keh keh keh.

Unknown said...

hmm...pilihan di tangan anda...:)

Alia Ramley said...

i prefer viva.. ngeeee.. =P

aReLaN said...

interior mmg lawa tp mslh dia enjin kecik jela.hrga lbih krg je ngan myvi tp myvi 1.3 n 1.5 nye enjin.hmmm

Unknown said...

kereta baru memang nampak lawa..kan..
sebab berkilat lagi..lama2 nanti jadi cam kancil la jawab nye..heheheh

rozeeta rashid said...

menarik jugak kereta ni. tapi kena ambik masa nak biasakan diri bawak belah kiri la. hehe.

FarHANa aZwA said...

farhana xmahir..klau bab2 tgk mcm ni mmg gila hahaha

Unknown said...

wah,,not bad lah kete ni,,tapi hati berkenan kat myvi lagi, XD

sitinuraffizza said...

owh tidak!! nilah kereta fza aim lps bljr nnt. ira jgn beli! nnt jeles. HEHE
ingt lg x, fza pnh tulis entry 'kl dpt PT tiap bln?'. waaa, kl betul dpt PT tiap2 bulan, dh lm ayh beli kereta ini. tp xdpt. xdpt r nk byr. HUHU
cantikkan aler rose 2. aishh! sbr2. aim 2thn lg nk beli ni. HEHE

sitinuraffizza said...

ni entry nye: http://mutiarawarnasari.blogspot.com/2010/09/kenapa-tak-dpt-tiap-sem-kalau-tak.html
ira dh komenpun! HEHE

Kayu Manis said...

A'ah suami kerja proton, tak kisah la dik besar ke kecik janji boleh jalan kan...duduk mana ? office suami kat sentul je, boleh search blog dia kat blog akak.

Wanie said...

huhu..pelik la bagi wanie alto ni..tapi model swift dah ok..baik amik swift :))) dah nak kuar keta ke ira??

Mr.Superman said...

nk angkat ke ira?perghh..ok la kot.comel tuk org comel. ;)

aamalinaazman said...

weeeee
minat altoooo jugak
samelahhh
sush nk buat pilihan
hhehehhee

fatin said...

alto~
=}

KaK LimAh Si SupiR said...

comeyy ^_^ cute gitu

LiLy @ MaMaQiStInA said...

Cantiklah..sesuailah utk perempuan..
Ira nk beli ke?

dear anies said...

sbnr nyer seme kete sm je. tgk kemampuan pembeli.ada org tgk harga spare part dulu.kete import ni bese nyer spare part mmg mahal. tux kira lg harga ms service yg sering berubah2...

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

kenapa x try honda jazz???
but yg ni pow not bad fro gurl
senang parking ngeee

J.Syazwana said...

tak reti lah pasal kereta2 ni. hihihi
eh tapi harga cam lebih kurang myvi baru je eh.

aReLaN said...

spare part keta suzuki mcm ssh je tp kna tnye mekanik la kn.sbb keta suzuki tak byk pn kt msia.swift n alto je plg top.klu myvi mmg sng la sbb keta local kn.klu bajet dlm 500 mmg seswai sgt la.

BENA said...

suka lagi suzuki swiffff . heee :P

Mr.Superman said...

kwn2 abg x de lg pki alto. :)kne minx pndgn org tua2 la.cm ayah ke kn.diorg lebih focus pd engine dan kekuatan kereta tu sdri.jgn tgk cun dan hrg je.

. Follow on FB .

. Our Story .

Daisypath Next Aniversary Ticker
Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails